Kehidupan awal Rowan_Atkinson

Suara Rowan Atkinson

dari rancangan BBC Front Row Interviews, 8 Januari 2012.[5]

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.

Atkinson, anak bongsu dari empat beradik yang semuanya lelaki, dilahirkan di Consett, County Durham, England, pada 6 Januari 1955.[6][7][8][9]

Bapanya ialah Eric Atkinson, seorang penternak dan pengarah syarikat dan ibunya ialah Ella May (née Bainbridge), yang berkahwin pada 29 Juni 1945.[9] Tiga abang sulungnya ialah Paul, yang meninggal dunia semasa bayi; Rodney, seorang ekonomis Euroskeptik yang kalah dalam pilihanraya kepimpinan Parti Kemerdekaan United Kingdom pada 2000; dan Rupert.[10][11]

Atkinson dibawa ke Anglika,[12] dan belajar di Sekolah Durham Choristers, Sekolah St. Bees dan Universiti Newcastle, di mana beliau menerima ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik.[13] Pada 1975, beliau menyambung ijazah MSc dalam Kejuruteraan Elektrik di The Queen's College, Universiti Oxford, kolej yang sama yang mana bapanya mendapat matrikulasi pada 1935,[14] yang menjadikan Atkinson menerima Felo Kehormat pada 2006.[15]

Pertama kali memenangi perhatian kebangsaan dalam Oxford Revue di Edinburgh Festival Fringe pada Ogos 1976,[13] beliau telahpun menulis dan mempersembahkan lakaran awal untuk persembahan di Oxford by the Etceteras – kumpulan revu dari Experimental Theatre Club (ETC), dan untuk Persatuan Dramatik Universiti Oxford (Oxford University Dramatic Society; OUDS), bertemu dengan penulis Richard Curtis,[13] dan komposer Howard Goodall. Malah, sehingga kini mereka masih lagi bekerjasama.

Rujukan

WikiPedia: Rowan_Atkinson http://www.dailytelegraph.com.au/news/story-e6freu... http://www.abc.net.au/foreign/stories/s374382.htm http://www.blackadderhall.com/blog/?p=43 http://www.highbeam.com/doc/1P1-22623334.html http://www.historyextra.com/feature/blackadder-bad... http://www.hollywoodlife.com/2012/07/27/london-oly... http://www.imdb.com/name/nm0000100/ http://www.itv.com/presscentre/press-releases/rowa... http://www.latimes.com/entertainment/tv/showtracke... http://mhmgrax.com/c_tvads.htm